Projek Simple Kebun 1
Tanaman :Cili
Media Tanaman:Sabut Kelapa(cocopeat) + Baja Bakar+Baja Tahi Ayam
Teknik Tanamaan: Tray Semaian & Polibeg
Jumlah Yang ditanam : 40 pokok
Baja : pengunaan baja A&B
INI adalah projek pertama untuk akhir tahun 2015 & awal tahun 2016, kiranya perintislah ni...setelah sekian lama asyik follow blog-blog yang hebat dalam pertanian spt tanamsendiri, ummuaidan dan tanomkinotuan yang banyak memberi idea dan semangat..terima kasih sifu sifu yang hebat ini....akhirnya...projek ini dapat dilaksanakan jua..hahaha...walaupun kecil jer tapi aku panggil projek lah jugak...nak buat projek juta-juta bukannya bidang aku...so ni lah projek yang boleh aku buat tanpa fikir nak lobi-lobi..nak pakai kabel-kabel org VVIP..hahahahaha
Tanah Belakang Rumah
Dari dibiarkan tanah sekililing rumah ni kosong jer...lebih baik diusahakan sesuatu yang berfaedah..selain boleh mengeluarkan peluh mungkin jugak dengan teknik yang betul boleh mendatangkan hasil...hahaha...masih berbunyi mcm over confiden kan........hihihi..pe pe hal cuba dulu baru tahu susah ke senang ke....
Cili vs Lada
Cili orang Terengganu xpanggil cili...kalau di Terengganu ianya lebih dikenali sebagai lada..apapun panggilannya...rupa dan bentuknya adalah hak mutlak empunya yang sama.
Pemilihan benih, actually benih ni aku tak beli pun...tapi dapat masa berkunjung ke Pameran Pertanian yang diadakan di Pantai Batu Buruk akhir tahun 2015. Menurut kata pegawai pertanian tu, ini adalah benih cili kulai. Setiap pengunjung diberi satu pek sampel benih cili untuk ditanam ....oleh kerana aku ni jenis ramah dan mesra sikit(jek diri sendiri :-) )...aku minta la lebih sikit...terus dibaginya 3 pek...dlm satu pek tu ada 100 biji benih...dah jimat tu...
Semaian
Untuk semaian benih cili...aku rendam kedalam air suam dulu semalaman...sebanyak 60 biji benih di rendam..ni sbb excited punya pasal la ni sampai 60 biji terus aku rendam...
Kebiasaan malam jumaat akan dipilih untuk proses rendam biji benih...opps!!...ini bukan petua yea...ni sebab bagi kita org yg duk dipantai timur ni...hujung minggunya jatuh pada hari jumaat dan sabtu...so sebelah mlm tu boleh dah start segala operasi yg diperam selama seminggu...
Proses menyemai dilakukan pagi jumaat..pengunaan tray semaian amat memudahkan bagi menguruskan anak cili bila dah tumbuh nanti..kerana senang bagi kita nak alih dari satu tempat ke satu tempat..contohnya...permulaan semaian tray ini diletakkan ditempat yang gelap serta redup...apabila anak benih dah bercambah...tray akan dialih ketempat yang terkena cahaya matahari yang xterlampau panas ini untuk mengelak anak benih menjadi lonjong kerana sifat tumbuhan ia memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotsintesis..seterusnya sedikit demi sedikit didedahkan dengan kepanasan cahaya terus...ibarat kata mcm ajar anak berjalan jugak...ada step2 yg perlu diikut......
Untuk semaian aku lebih senang menggunakan media peatmoss sebagai media semaian..kerana memang terbukti akan ianya media terbaik untuk percambahan anak benih. Ada 2 jenis peatmoss yang terdapat dipasaran dan mudah dicari iaitu Holland peat moss dan German peat moss....harga untuk satu beg tu boleh tahan jugak mahalnya RM34 ke atas seguni ..apatah lagi kesan dari GST....tapi perlu diingat ini bukan media tanaman ini adalah media semaian....untuk semai kita tidak akan pakai banyak sgt peat moss ni...jadi lebihan peat moss ni perlu disimpan ditempat yang baik dan terlindung....
Kenapa perlu semua ni?
Orang baru seperti kita ini, berkebun adalah untuk kepuasan dan tak nak kantoi...nanti kita give up apabila tiap kali menanam tak tumbuh tumbuh... maka hilanglah letusan gunung berapi pada hobi baru ni hihihihi....so pilih la bahan2 yang mantap..peat moss + benih berkualiti. Sekarang ni tak susah nak cari peatmoss ni...kedai PPK atau Pertubuhan Peladang Kawasan ada menjual peatmoss ni termasuk benih sekali. Di kedai PPK ni harganya lebih murah berbanding dgn kedai-kedai biasa di Terengganu ni lah.
Kebiasaanya..benih-benih cili hybrid ni akan bercambah 2-3 ari sahaja...kesan dari rendaman semalaman...sebab kulit pd benih tersebut telahpun lembut dan percambahan akan cepat berlaku....Yes!! Waktu ni semangat kita akan lebih berkobar kobar...sebab kita percaya bahawa tangan kita bukan lagi dari golongan spesis tangan panas....hahahahaha...opps! Lupa nak maklum...masa dalam tray semaian tu...kita perlu menyiram juga dengan menggunakan spray 2X sehari...pagi dan ptg....
Semaian Berjaya
Ok bila batang anak dah nampak mengeras beserta keluar empat set daun pada anak pokok cili lebih kurang 2-3 minggu ar...maka bolehlah pindahkan anak cili ini kebatas, dalam polibeg, dalam pasu...atau apa saja medium yang anda fikirkan sesuai.
Selamat berjaya tanam LADA...:-)
Sebahagian dari photo-photo dari mula proses mengalih anak pokok cili sehinggalah poko cili berbuah
No comments:
Post a Comment