Friday, 22 January 2016

Projek Simple Kebun 1

Tanaman :Cili
Media Tanaman:Sabut Kelapa(cocopeat) + Baja Bakar+Baja Tahi Ayam
Teknik Tanamaan: Tray Semaian & Polibeg
Jumlah Yang ditanam : 40 pokok
Baja : pengunaan baja A&B

INI adalah projek pertama untuk akhir tahun 2015 & awal tahun 2016, kiranya perintislah ni...setelah sekian lama asyik follow blog-blog yang hebat dalam pertanian spt tanamsendiri, ummuaidan dan tanomkinotuan yang banyak memberi idea dan semangat..terima kasih sifu sifu yang hebat ini....akhirnya...projek ini dapat dilaksanakan jua..hahaha...walaupun kecil jer tapi aku panggil projek lah jugak...nak buat projek juta-juta bukannya bidang aku...so ni lah projek yang boleh aku buat tanpa fikir nak lobi-lobi..nak pakai kabel-kabel org VVIP..hahahahaha

Tanah Belakang Rumah

Dari dibiarkan tanah sekililing rumah ni kosong jer...lebih baik diusahakan sesuatu yang berfaedah..selain boleh mengeluarkan peluh mungkin jugak dengan teknik yang betul boleh mendatangkan hasil...hahaha...masih berbunyi mcm over confiden kan........hihihi..pe pe hal cuba dulu baru tahu susah ke senang ke....

Cili vs Lada
Cili orang Terengganu xpanggil cili...kalau di Terengganu ianya lebih dikenali sebagai lada..apapun panggilannya...rupa dan bentuknya adalah hak mutlak empunya yang sama.

Pemilihan benih, actually benih ni aku tak beli pun...tapi dapat masa berkunjung ke Pameran Pertanian yang diadakan di Pantai Batu Buruk akhir tahun 2015. Menurut kata pegawai pertanian tu, ini adalah benih cili kulai. Setiap pengunjung diberi satu pek sampel benih cili untuk ditanam ....oleh kerana aku ni jenis ramah dan mesra sikit(jek diri sendiri :-) )...aku minta la lebih sikit...terus dibaginya 3 pek...dlm satu pek tu ada 100 biji benih...dah jimat tu...

Semaian
Untuk semaian benih cili...aku rendam kedalam air suam dulu semalaman...sebanyak 60 biji benih di rendam..ni sbb excited punya pasal la ni sampai 60 biji terus aku rendam...
Kebiasaan malam jumaat akan dipilih untuk proses rendam biji benih...opps!!...ini bukan petua yea...ni sebab bagi kita org yg duk dipantai timur ni...hujung minggunya jatuh pada hari jumaat dan sabtu...so sebelah mlm tu boleh dah start segala operasi yg diperam selama seminggu...

Proses menyemai dilakukan pagi jumaat..pengunaan tray semaian amat memudahkan bagi menguruskan anak cili bila dah tumbuh nanti..kerana senang bagi kita nak alih dari satu tempat ke satu tempat..contohnya...permulaan semaian tray ini diletakkan ditempat yang gelap serta redup...apabila anak benih dah bercambah...tray akan dialih ketempat yang terkena cahaya matahari yang xterlampau panas ini untuk mengelak anak benih menjadi lonjong kerana sifat tumbuhan ia memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotsintesis..seterusnya sedikit demi sedikit didedahkan dengan kepanasan cahaya terus...ibarat kata mcm ajar anak berjalan jugak...ada step2 yg perlu diikut......
Untuk semaian aku lebih senang menggunakan media peatmoss sebagai media semaian..kerana memang terbukti akan ianya media terbaik untuk percambahan anak benih. Ada 2 jenis peatmoss yang terdapat dipasaran dan mudah dicari iaitu Holland peat moss dan German peat moss....harga untuk satu beg tu boleh tahan jugak mahalnya RM34 ke atas seguni ..apatah lagi kesan dari GST....tapi perlu diingat ini bukan media tanaman ini adalah media semaian....untuk semai kita tidak akan pakai banyak sgt peat moss ni...jadi lebihan peat moss ni perlu disimpan ditempat yang baik dan terlindung....

Kenapa perlu semua ni?
Orang baru seperti kita ini, berkebun adalah untuk kepuasan dan tak nak kantoi...nanti kita  give up apabila tiap kali menanam tak tumbuh tumbuh... maka hilanglah letusan gunung berapi pada hobi baru ni hihihihi....so pilih la bahan2 yang mantap..peat moss + benih berkualiti. Sekarang ni tak susah nak cari peatmoss ni...kedai PPK atau Pertubuhan Peladang Kawasan ada menjual peatmoss ni termasuk benih sekali. Di kedai PPK ni harganya lebih murah berbanding dgn kedai-kedai biasa di Terengganu ni lah.


Kebiasaanya..benih-benih cili hybrid ni akan bercambah 2-3 ari sahaja...kesan dari rendaman semalaman...sebab kulit pd benih tersebut telahpun lembut dan percambahan akan cepat berlaku....Yes!! Waktu ni semangat kita akan lebih berkobar kobar...sebab kita percaya bahawa tangan kita bukan lagi dari golongan spesis tangan panas....hahahahaha...opps! Lupa nak maklum...masa dalam tray semaian tu...kita perlu menyiram juga dengan menggunakan spray 2X sehari...pagi dan ptg....

Semaian Berjaya
Ok bila batang anak dah nampak mengeras beserta keluar empat set daun pada anak pokok cili lebih kurang 2-3 minggu ar...maka bolehlah pindahkan anak cili ini kebatas, dalam polibeg, dalam pasu...atau apa saja medium yang anda fikirkan sesuai.

Selamat berjaya tanam LADA...:-)

Sebahagian dari photo-photo dari mula proses mengalih anak pokok cili sehinggalah poko cili berbuah









Thursday, 14 January 2016

Si kumbang

KUBANG PUCUK KELAPA aka KUMBANG BRONTISPA

Sedap namanyer...macam nama pelakon
James Bond pun ada ..hmm cam nama si Pierce Brosnan..tapi yg ni kira ok laa lagi sebab pegang watak hero...kalau si Brontispa ni...watak dia dalam citer ni memang pemusnah...mcm terminator pun ada...keje dia tak lain dan tak bukan...memusnahkan pucuk muda pokok kelapa.

Pada mula tu pening jugak aku tgk pokok kelapa matag ni..pesal laaa pucuk dia macam hangus terbakar jek...nak kata aku bagi baja lebih..biasanya baja organik jer yg selalu sgt aku bagi...tilik punye tilik...terjumpa laa si makluk ni...

Pokcik Google
So malam tu sibuk laa aku duk bersemuka dengan pokcik google ni...dan terjumpa la satu blog saudara Anim Agro Technology yang bercerita panjang lebar pasal si makhluk bernama Brontisp ni(terima kasih Tn Anim)....fuss dasyat jugak apa yg boleh dilakukan oleh si Brontispa ni...dalam blog sahabat dari seberang pun banyak bercerita pasal kumbang ni.
Aku cuba cari solusi bagi masalah kumbang ni tapi tak jumpa ...
Sama ada nak kena pakai racun contact or sistemik...

H2O
Dalam duk kalut fikir dan cari penyelesaian masalah ni...maka teringat lah aku pada pesan tokey nurseri kat kampung ni...H2O ni boleh pakai untuk pokok sebab xberi kesan pada pokok...apatah lagi pokok kelapa ni muda lagi...takde buah pun lagi...

Serangan balas
So petang tu...dengan satu batalion askar bergajah H2O....aku pun melakukan serangan balas kepada kumpulan pemisah kumbang brontispa yang berkubu dengan kemasnya di pucuk-pucuk kelapa aku....
Zassssss......zuuuuuuussssss.....sampai berbuih-buih pucuk pokok nyor tu aku kerjakan dengan senjata pemusnah aku tu terhadap kumpulan pemisah brontisp ini....

Next
Hari berikutnya aku pergilah tengok apa kesan serangan boikimia aku tu....hahahaha
Nampaknya serangan yang lakukan kelmarin berhasil....ramai sunggoh bala tentera brontispa tewas dalam pertempuran ini...sehinggakan
Dengan larva2 pun tewas...dalam battle of the war aku dengan brontispa kali ini berpihak pada aku laa....dan semoga takde lagi serangan hendap dari kumpulan ini lagi...cian pokok nyor aku yang baru nak membesat tu.....amin...

Kat bawah ni aku sertakan gambar kumbang brontispa ni atau kita panggil kumbang jalur merah ni untuk tatapan semua...dan kesanya kepada pokok kelapa...

Aminn...




Perbezaan antara pokok sihat dan sakit...ditanam pada hari yang sama

Jika tahap kritikal....anak pokok kelapa ini boleh mati

Kesan serangan...pucuk menjadi kehitaman seperti terkena panahan petir

Sebahagian dari terminator brontispa yang tewas teruk dengan H2O

Larva dan kumbang brontispa aka kumbang pemusnah

Tuesday, 12 January 2016

Projek Kebun Rumah

Salam,

Lama sangat dah aku x berkalam dalam blog ni....mungkin xde cerita menarik untuk di kongsi....

Hmm...tahun 2016 ...apa azam tahun ni ek?

Rasanya aku nak jayakan projek kebun sayur keliling rumah akulah....hahahaha..boleh caye ke?
Asyik keje...keje...keje....dah naik muak dah aku dok tengok fail kat atas meja aku tu hari hari....tahun ni aku nak buat sesuatu yg baru...cita-cita baru...hahahaha...azam sempena tahun baru ni (kononnyer ni :-)
Sesuatu yang boleh menjadikan rasa SYOK bila duduk kat umah....

KEBUN SAYUR
Nak berkebun ke? ...tanah keliling rumah aku ni ada lagi ruang kosongnya....walaupun tanah sekangkang kera...hihihihihi...tapi apasalahnya mencubakan....daripada biarkan rumput jer yg tumbuh apakata aku cuba dulu....




Fuss.....dengan lafaz bismillah...akan aku mulakan projek ini....nntkan update seterusnya....

TUNGGUUUUUUU...