Tuesday, 22 March 2016


Bendi

Peralihan tempat bendi dari backyard ke tepi halaman rumah...jika kena pada susunannya... sebenarnya pokok pokok sayuran seperti bendi ni cantik juga untuk dijadikan landskap di keliling kediaman anda..

Di tambah pula pokok bendi ni dah mengeluarkan bunga-bunga...sangat cantik..pokoknya seperti kanopi yang menarik....











Sunday, 13 March 2016

Projek Simple Kebun 3

Tanaman Bendi


Media tanaman : Tanah Baja+Tinja Ayam
Teknik tanam : Polibeg
Jumlah tanaman : 12 batang
Baja : NPK

Last year aku pernahlah tanam pokok bendi ni....tapi tanam atas tanah biasa jer...cuma untuk tahun ni rasanya nak try tanam dalam polibeg plak...bukan apa kebetulan dan order satu lori tanah baja...dengan harga RM150.00 satu lori ni...so apa lagi pakai jer la kan tanah tu....hahahaha...istilah tanah baja ni.. ialah tanah loam....tanah yang sangat molek untuk bertani...tekstur tanah ni sangat lembut...kita boleh andaikan tanah ni adalah tanah yang "perfect" untuk pertanian...sebab sifat-sifatnya yang berpasir halus..berhumus dan sedikit bertanah liat...dalam keadaan biasa tanah tu kita boleh lerai-leraikan ketulan tanah hanya guna tangan jer..ianya sangat lembut..tanpa ada batuan kasar didalamnya...cuma perlu pisahkan bendasing spt akar pokok-pokok kecil yang ada didalamnya...


Ok...berbalik pada semaian bendi tadi...aku pilih benih bendi Hybrid Green World jer...mudah nak beli dan harga pun murah...oppss!!!!...utk pengetahuan semua harga benih pun sekarang ni dah naik...kesan GST kot...takpun mungkin kesan dari pembelian benih yang terlampau-lampau oleh aku....hahahahahahaha...tapi kalau nak murah cari jer kat pasaraya...murah dan ok lagi setakat yang aku pernah pakai....yang penting check expiry date dia...kalau masih baru ok jer...harga benih kalau di kedai2 pertanian skrg ni...kebanyakkannya dah naik dari RM2.50 se pek kepada RM 3.60-RM5.00...so kena pandai memilih...untuk yang murah...aku rekemen kan carik kat Sabasun/PPK Bukit Payong untuk yg kat K.Terengganu arr...kat tpt aku bgtau ni rege still lagik @ reasonable price...

Benih ni actually boleh disimpan lama kalau pandai menyimpan dengan elok baki lebihan dari semaian tu...simpan dalam bekas tertutup then letak dalam peti ais...insha allah benih tu tanah lama...bab benih ni aku dah byk rugi tau..sebab kaedah menyimpan xbetul..so jgn ulangi kesilapan aku..huhuhuhu..

Benih bendi ni aku semai dalam polistrin cup jer...semai 12 biji jer pun...lepas semai tutup dengan penutup hitam dan jgn lupa siram 2X sehari....dalam 2 hari tunas dah pun keluar....taadaaaa...dah pun tumbuh....dari segi pertumbuhan pada aku lah...benih bendi lebih cepat tumbuh/membesar berbanding terung..next artikel nnt aku story pasal projek terung plak..

Mari kita tengok pokok bendi ni...setakat hari 14 mac 2016 ni bendi ni belum lagi berbuah...

Dah kuar tunas dalam masa 2 hari jer

Bila batang anak bendi dah mengeras bolehlah alih ke polibeg

Anak yang ni rajin sungguh tolong abah dia berkebun


Alhamdulillah...semua 12 pokok bendi hidup sempurna



Bendi hidup subur


Hanya tunggu masa nak kutip hasil jer lg ni..hihihi



Projek Simple Kebun 2

Kangkung

Sebelum ni xpernah menjadi tanam kangkung...mungkin silap teknik...hmm pemilihan tanah yang xsesuai....mungkin juga benih yang dah expired...

Untuk kali ini...alhamdulillah...semua menjadi...dengan pemilihan gabungan yang dicampur dengan tinjal ayam, pasir sungai dan tanah ....semuanya tampak sempurna...

Selepas menyemai benih...buat sedikit sungkupan pada semaian untuk kurangkan tekanan kepanasan yang berlebihan pada benih kangkung....

Dah jadi mcm gini....hmm kangkung celur cicah budu pun sodapppp....

Kangkung dalam patch